Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
TARIKH-TARIKH DAN PUSAT-PUSAT KURSUS IBADAH HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1441H/2020M

Dengan hormat sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah akan mengadakan Kursus Ibadat Haji bagi Musim Haji Tahun 1441H/2020M pada setiap hari Jumaat dan Ahad sebanyak 12 sesi bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi secara serentak di keempat daerah bermula 14 Februari 2020M hingga 12 April 2020M di Pusat-Pusat Kursus masing-masing.

Tarikh-tarikh kursus Ibadat Haji tersebut ialah:

14hb, 16hb, 21hb, 28hb Februari 2020M,

1hb, 6hb, 8hb, 13hb Mac 2020M,

3hb, 5hb, 10hb, 12hb April 2020M

Manakala Pusat-Pusat Kursus Ibadat Haji ialah:-

Daerah Brunei dan Muara

           Sekolah Ugama Lambak Kanan, Jalan 1, Kampong Lambak Kanan.

           Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampong Mulaut.

           Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas.

           Sekolah Ugama Sungai Besar, Kampong Sungai Besar.

Daerah Belait ialah:-

           Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kuala Belait.

           Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah, Pekan Seria.

Derah Tutong

           Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Daerah Tutong.

Daerah Temburong

           Sekolah Persediaan Arab Temburong, Daerah Temburong.

Sehubungan dengan itu, semua bakal-bakal Jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan Ibadat Haji Bagi Tahun 1441H/2020M adalah dikehendaki hadir untuk mengikuti kursus-kursus ibadat haji yang telah diaturkan di pusat-pusat kursus yang telah dipilih. 

Attachments
Created at 13/2/2020 10:52 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 13/4/2020 3:35 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK