Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PERMOHONAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT MENENGAH DI INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJIAN 1442H/2021M

Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sedang membukakan Tawaran Pengambilan Pelajar Baru Peringkat Menengah (Tahun 7) Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Sesi 1442H/2021M bermula pada 15 Jun 2020M hingga 17 Ogos 2020M.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Pemohon-pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :-

i.Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap.

ii.Bagi yang bukan rakyat (ibu/bapa yang bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government linked Companies di Negara Brunei Darussalam), boleh juga memohon dengan menghadapkan surat permohonan khas kepada Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui Pengetua Institut.

iii.Umur tidak melebihi (14) tahun pada 1 Januari 2021 atau berada dalam Tahun 6 Pengajian di Sekolah-Sekolah Kerajaan atau Swasta pada 2020.

iv.Lulus dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat ā€™Cā€™ dalam semua matapelajaran bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (P.S.R) atau yang setaraf dengannya.

v.Lulus Temuduga hafazan Al-Quran yang dijalankan di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

vi.Berkesanggupan tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.

vii.Mematuhi peraturan-peraturan Institut Tahfzi Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

viii.Penerimaan pelajar tertakluk kepada keputusan Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Borang-borang bolehlah diperolehi di Pejabat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah, bermula 15 Jun 2020 atau di muat turun melalui laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu www.kheu.gov.bn.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah bermula 6 Julai 2020 dan tidak lewat 17 Ogos 2020M semasa waktu pejabat iaitu (8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang) ke alamat:

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah,Simpang 175, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei Darussalam

Untuk keterangan lanjut sila hubungi melalui nombor telefon  2222090/2222093/2222096 sambungan 229/230 & 206.

Borang-borang hendaklah dihantar TANPA menunggu keputusan PSR dan salinan keputusan bolehlah dihantar ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah sebaik sahaja keputusan diumumkan.


Sebarang keterangan sila kilik di sini SYARAT-SYARAT PERMOHONAN


Attachments
Created at 16/6/2020 11:57 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 22/6/2020 9:43 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK