Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian
Hal Ehwal Ugama sukacita memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak,
bahawa pendaftaran untuk memasuki kelas
al-Quran dan Muqaddam (setiap hari Jumaat) di masjid, surau dan balai ibadat
seluruh negara bagi tahun 2021M, dibukakan pendaftarannya bermula pada 03 Oktober
2020M hingga 30 Disember 2020M.
Borang pendaftaran boleh diperolehi
di Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam, Bahagian Imarah Jabatan Hal Ehwal
Masjid, Simpang 15, Jalan Sumbiling, Bandar Seri Begawan atau di masjid, surau
dan balai ibadat seluruh negara.
Borang yang telah lengkap diisikan
hendaklah dikembalikan tidak lewat 31 Disember 2020M kepada guru
penghubung di masjid, surau dan balai ibadat di mana anak-anak mereka akan
mengikuti kelas tersebut.
Syarat penerimaan bagi kanak-kanak
yang akan memasuki kelas tersebut
hendaklah berumur 6 tahun pada 1 Januari 2021M.
Sebarang pertanyaan mengenai kelas
tersebut, bolehlah berhubung terus dengan Hajah Surinah/Tini binti Haji
Shamsuddin, Ketua Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam, Bahagian Imarah, Jabatan Hal
Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Simpang 15 Jalan Sumbiling, Bandar
Seri Begawan atau melalui talian 2223277 (waktu pejabat) atau melalui
telefon bimbit 8778570.