Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENANGGUHAN TARIKH-TARIKH MENGAMBIL AYAT HAFAZAN & PEMBELIAN BUKU HAFAZAN AL-QURAN DAN TEMUDUGA HAFAZAN PERTAMA BAGI PENGAMBILAN PELAJAR-PELAJAR BAHARU TAHUN 7 (PERINGKAT MENENGAH) SESI PENGAJIAN 2022M DI INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLK

بسم الله الرحمن الرحيم

Berikutan situasi jangkitan COVID-19 pada masa ini dan sebagaimana nasihat yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan di dalam sidang media situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari Sabtu, 07 Ogos 2021, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengambil perhatian mengenai langkah-langkah pengawalan bagi sama-sama membendung penularan jangkitan wabak COVID-19.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) telah membuat keputusan untuk menangguhkan bagi pelaksanaan-pelaksanaan tersebut di atas. Sebarang perubahan tarikh dan maklumat mengenai perkara tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagi pemohon-pemohon yang belum diberikan nombor rujukan akan dihubungi oleh Pihak ITQSHHB iaitu seminggu sebelum pelaksanaan tersebut jika memenuhi syarat-syarat kemasukan.

Bagi keterangan dan maklumat lanjut, bolehlah dirujuk ke Bahagian Pendaftar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama di talian nombor telefon 2222090/2222093/2222096 atau melalui email: pendaftaran@itqshhb.edu.bn. Atau melalui:-

•Instagram: Itqshhb.official

•Facebook: Institut Tahfiz Al Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah

•Whatsapp: +6738165297 (Melalui Text)

•Telegram: Itqshhb rasmi

Sila klik:

PENANGGUHAN TARIKH MENGAMBIL AYAT HAFAZAN & PEMBELIAN BUKU HAFAZAN AL-QURAN DAN TEMUDUGA HAFAZAN PERTAMA BAGIPENGAMBILAN PELAJAR-PELAJAR BAHARU TAHUN 7 (PERINGKAT MENENGAH) SESI PENGAJIAN2022M DI INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH


Attachments
Created at 6/9/2021 12:36 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 6/9/2021 12:37 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK