بسم الله الرحمن الرحيم
Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat
Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS akan menganjurkan Musabaqah Menghafaz
Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 1443 Hijrah.
Musabaqah ini adalah merupakan salah satu
projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi menyemarakkan Hari-Hari
Kebesaran Islam dan merupakan pengisian dalam aturcara Majlis Sambutan Nuzul
Al-Quran Peringkat Negara yang diadakan setiap tahun.
Penyertaan Musabaqah tersebut dibukakan
kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk etap yang berugama Islam dan
setiap penyertaan hanya boleh mengikuti satu Kategori musabaqah sahaja dengan
mengikut syarat-syarat bagi setiap Kategori.
Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta
Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 1443 Hijrah akan mempertandingkan
sebanyak lima (5) kategori iaitu Kategori A,B,C,D dan E sebagaimana berikut:-
Kategori 'A' – Terbuka kepada peserta yang berumur 13 tahun ke bawah iaitu yang
lahir pada tahun 2009 ke atas; dan tidak pernah menjadi johan dalam Kategori
'A' sebanyak dua (2) kali berturut-turut iaitu pada tahun 1441H dan 1442H; dan
bukan terdiri dari penuntut Institut Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negeri
semasa mendaftar dan menghantar borang permohonan. Menghafaz Juz 1 iaitu Juz
30, dan berserta Pemahaman Juz 30.
Kategori 'B' – Terbuka kepada peserta yang berumur 14 tahun ke atas yang lahir
pada tahun 2009 ke bawah; Bukan penerima elaun Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran
Negara Brunei Darussalam dalam semua kategori tasmie’ semasa tarikh tutup
penyertaan; Tidak pernah menjadi Johan dalam Kategori ‘B’ sebanyak dua (2) kali
berturut-turut (1441 dan 1442) Hijrah serta BUKAN terdiri dari penuntut
Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negeri semasa mendaftar /
menghantar borang permohonan. Menghafaz Surah-Surah Pilihan iaitu:-Surah
Al-Jumu’ah ; Surah Luqman ; Surah As-Sajdah ; Surah Ar-Rahmaan ; Surah
Al-Waqi’ah ; Surah Al-Mulk ; Surah Al-Insaan ; Surah Yaasiin ; Surah Al-Jinn
berserta pemahaman Surah Al-Kahfi dan Surah An-Nur .
Kategori 'C' -Terbuka kepada semua peringkat umur; dan tidak menerima Elaun
Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam semua Kategori
sehingga tarikh tutup penyertaan dan tidak pernah menjadi johan dua (2) tahun
berturut-turut secara belakangan pada tahun 1441 dan 1442 Hijrah.
Menghafaz surah Al-Baqarah dan surah
Ali-‘Imraan berserta Pemahaman Surah Al-An’am dan Surah Al-A’raf.
Kategori 'D' -Terbuka kepada semua peringkat umur; tidak pernah menerima Elaun
Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam Kategori 30 juz
dan tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'D' sebanyak dua (2) kali
berturut-turut iaitu tahun 1441 dan 1442.
Menghafaz 15 Juz Al-Quran iaitu daripada
Juz 1 hingga Juz 15 berserta pemahaman Surah Al-Furqaan ; Surah Ash-Shu’ara dan
Surah An-Naml .
Kategori 'E' – Terbuka kepada semua peringkat umur dan tidak menjadi Johan dua
(2) tahun berturut-turut dalam kategori menghafaz 30 Juz. Peserta boleh
menyertai musabaqah semula selepas dua (2) tahun menjadi johan.
Menghafaz 30 Juz Al-Quran iaitu daripada
Juz 1 hingga Juz 30 berserta Pemahaman Surah AAdh-Dhariyat ; Surah At-Tur ;
Surah An-Najm ; Surah Al-Qamar ; Surah Ar-Rahman ; Surah Al-Waqi’ah dan Surah
Al-Hadid.
Borang-borang penyertaan mula dibukakan
kepada orang ramai bermula pada hari Sabtu, 25 September 2021M dengan mengikut
prosedur dan tatacara permohonan.
Bagi yang berminat dan berhasrat
mendapatkan Borang Penyertaan Musabaqah tersebut, sila ikuti langkah-langkah
berikut:
1.Muat turun borang permohonan versi
digital dari weblog PPPQ atau klik: www.pppqmabims.blogspot.com.
2.Cetak borang pernyertaan (mengandungi 5
halaman);
3.Isi semua bahagian yang diperlukan;
4.Scan atau imbas borang penyertaan yang
telah diisi;
5.Scan atau imbas salinan surat beranak
atau kad pengenalan.
6.Sila emailkan borang penyertaan
bilangan (4) dan salinan surat beranak atau kad pengenalan bilangan (5) ke
alamat email Bahagian Musabaqah PPPQ MABIMS : mtqpppq@gmail.com.
CATATAN KHAS:
Dimaklumkan Bahawa Penganjuran
Ketiga-Tiga Peringkat Acara Ini Adalah Tertakluk Kepada Apa Jua Arahan
Pihak-Pihak Yang Berkenaan Berkaitan Penularan Pandemik Covid-19 Dan SOP Yang
Dikeluarkan Oleh Agensi-Agensi Yang Berikaitan.