Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PEMBUKAAN DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1443H/2021M

بسم الله الرحمن الرحيم

Sukacita dimaklumkan bersempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang disambut pada 12hb Rabiulawal setiap tahun, semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara akan terus bergema dengan laungan Selawat dan Dikir Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam oleh petugas-petugas pegawai masjid selama 12 malam berturut-turut bermula pada hari Khamis (malam Jumaat), 07 Oktober 2021M bersamaan dengan 01 Rabiulawal 1443H. 

Sehubungan dengan itu orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyaksikan secara langsung Majlis Pembukaan Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1443H/2021M di semua saluran televisyen, dan juga di rangkaian radio Nasional, Nur Islam dan Harmoni FM, Radio Televisyen Brunei bagi sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada tahun ini. 

Marilah kita menyemai perasaan kasih dan sayang terhadap Baginda Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan memperbanyakkan selawat dan berdikir bagi sama-sama memperingati hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.


PEMBUKAAN DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1443H/2021M

Attachments
Created at 7/10/2021 10:30 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 7/10/2021 2:42 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK