Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PERKHIDMATAN PENJUALAN BUKU-BUKU PERSEKOLAHAN UGAMA DAN ARAB SECARA DALAM TALIAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27hb. Rabiulawal 1443H bersamaan 03hb. November 2021M-Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kurikulum membukakan perkhidmatan Penjualan Buku-Buku Persekolahan Ugama dan Arab secara dalam talian bermula 01hb. November 2021 dengan memastikan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pengawalan dalam menangani jangkitan wabak COVID-19.

Melalui perkhidmatan tersebut, orang ramai boleh menghubungi talian +6738330062 atau menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp atau Telegram ke talian tersebut. Manakala bagi proses pembayaran pula, orang ramai juga boleh memilih untuk menggunakan kaedah pembayaran secara dalam talian (BIBD Online Bill Payment), disamping secara tunai mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan penjualan buku-buku persekolahan ugama dan Arab secara dalam talian ini dihasrat dapat memudahkan orang ramai khususnya para ibubapa / penjaga dan warga sekolah yang berhajat untuk membeli dan memiliki buku- buku tersebut, Perkhidmatan ini dilaksanakan bukan hanya bagi memenuhi keperluan dalam tempoh pandemik ini bahkan ia akan terus dilaksanakan sebagai satu usaha Jabatan Pengajian Islam dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang sediada melalui pendekatan perkhidmatan secara dalam talian bagi sama-sama mendokong dasar Kerajaan dalam  Pelan Ekonomi Digital.

-PERKHIDMATAN PENJUALAN BUKU-BUKU JABATAN PENGAJIAN ISLAM

-TATACARA PEMBELIAN BUKU

Attachments
Created at 3/11/2021 2:43 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 5/11/2021 11:40 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK