Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENDAFTARAN BAGI MENDAPATKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PEMILIHAN CALON KE SEKOLAH ARAB (PCKSA) TAHUN 1442H / 2021M MELALUI PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)
​​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Selasa, 08 Jamadilakhir 1443H bersamaan 11 Januari 2022 – Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) tahun 1442H / 2021M akan mula dibukakan.

Calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan ini dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit. Pendaftaran adalah percuma dan pelanggan boleh mula mendaftar mulai hari Rabu, 12 Januari 2022, jam 10:00 pagi.

Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit adalah dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN (jarak) NOMBOR INDEKS CALON dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan Progresif. Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS.

Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pelanggan akan dikenakan caj bayaran B$1.00 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima. Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada para pelanggan agar dapat memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklu​​ mat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi Mach Telecommunications System Sdn Bhd melalui e-mel kheuresults@machbrunei.com.


Attachments
Created at 11/1/2022 11:28 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 17/1/2022 8:47 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK