Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PEMAKLUMAN PERUBAHAN MASA MALAM MUNAJAT ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA SEMASA BULAN RAMADHAN

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Malam Munajat Anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama diteruskan lagi pada bulan Ramadhan ini dengan dinamakan sebagai ‘MUNAJAT RAMADHAN’. Munajat Ramadhan akan berlangsung setiap hari Sabtu secara maya dengan diubah waktu ke selepas Sembahyang Fardhu Asar.

Kementerian Hal Ehwal Ugama mengajak orang ramai menyertai Munajat Ramadhan bagi bersama-sama merafa’kan doa agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam terselamat dari segala bala bencana dan penyakit merbahaya, khasnya wabak COVID-19.

Bersempena keberadaan kita di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita meraih peluang untuk mempertingkatkan amalan dengan menyertai Munajat Ramadhan dan bersama-sama beristighfar, membaca Surah Yasin, mendengarkan bacaan ayat Al-Quran serta menghayati makna ayat Al-Quran tersebut.

Orang ramai bolehlah menyertai Munajat Ramadhan dari mana jua berada dengan melayari pautan http://tiny.cc/munajatkheu atau mengikuti secara langsung melalui Instagram Pusat Da’wah Islamiah @pdi_kheu.

MUNAJAT RAMADHAN ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA


Attachments
Created at 9/4/2022 10:34 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 9/4/2022 11:55 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK