بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Kementerian Hal Ehwal Ugama mengajak
orang ramai menyertai Munajat Ramadhan bagi bersama-sama merafa’kan doa agar
rakyat dan Negara Brunei Darussalam terselamat dari segala bala bencana dan
penyakit merbahaya, khasnya wabak COVID-19.
Bersempena keberadaan kita di bulan
Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita meraih peluang untuk
mempertingkatkan amalan dengan menyertai Munajat Ramadhan dan bersama-sama
beristighfar, membaca Surah Yasin, mendengarkan bacaan ayat Al-Quran serta
menghayati makna ayat Al-Quran tersebut.
Munajat Ramadhan diadakan setiap hari
Sabtu selepas Sembahyang Fardhu Asar secara online (atas talian). Orang ramai
bolehlah menyertai Munajat Ramadhan dari mana jua berada dengan melayari pautan
http://tiny.cc/munajatkheu atau mengikuti secara langsung melalui Instagram
Pusat Da’wah Islamiah @pdi_kheu.
MUNAJAT RAMADHAN ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA