بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran
MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urusetia Lembaga Tasmie’ Menghafaz
Al-Quran Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Ujian Tasmie’ Menghafaz
Al-Quran Kali Kedua Tahun 2022, bermula pada bulan Julai 2022 yang
dibukakan kepada Warganegara Negara Brunei Darussalam dan Penduduk Tetap
sahaja.
Permohonan boleh dihadapkan secara dalam
talian melalui pautan di Weblog dan Media Sosial Urus Setia seperti berikut:
•Weblog-pppq-mabims, blogspot.com atau
•FB-Ujian Tasmie Menghafaz Al-Quran atau
•FB-Urus Setia Ujian Tasmie’ Hafaz
Al-Quran Negara Brunei Darussalam atau
•IG-PPPQ MABIMS (official)
Permohonan Ujian Tasmie’ dibuka mulai
hari Sabtu, 18 Zulkaedah 1443H bersamaan 18 Jun 2022M.
Tarikh Tutup Permohonan pada hari Sabtu,
25 Zulkaedah 1443H bersamaan 25 Jun
2022M.
Untuk keterangan lebih lanjut sila
hubungi Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512 /
2233364.