Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

PROMO MELALUI RADIO PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN DAN MUQADDAM DI MASJID, SURAU DAN BALAI IBADAT SELURUH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TAHUN 2023M

‚ÄčKementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid sukacita memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak, bahawa  pendaftaran untuk memasuki kelas al-Quran dan Muqaddam (setiap hari Jumaat) di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi tahun 2023M dibukakan bermula pada 01 Disember 2022M hingga 30 Disember 2022M.

Borang pendaftaran boleh diperolehi di Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam Bahagian Imarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Simpang 15, Jalan Sumbiling, Bandar Seri Begawan atau di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.  

Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan tidak lewat 31 Disember 2022M kepada guru penghubung di masjid, surau dan balai ibadat di mana anak-anak mereka akan mengikuti kelas tersebut.

Syarat penerimaan bagi kanak-kanak yang akan memasuki kelas tersebut di atas hendaklah berumur 6 tahun pada 1 Januari 2023M.

Sebarang pertanyaan mengenai kelas tersebut, bolehlah berhubung terus dengan Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Simpang 15 Jalan Sumbiling, Bandar Seri Begawan atau melalui talian 2223277 (waktu pejabat).

Attachments
Created at 2/11/2022 8:09 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 2/11/2022 8:09 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK