Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1444 HIJRAH / 2023 MASIHI

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kemajuan Syiar Islam akan menganjurkan Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444H / 2023M. Musabaqah akan diadakan selama empat hari berturut-turut bermula pada hari Isnin, 21hb November 2022M hingga hari Khamis, 24hb November 2022M bertempat Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Seramai 54 orang peserta terdiri daripada 41 Qari dan 13 Qariah akan memperdengarkan bacaan masing-masing di hari pertama sehingga hari terakhir pertandingan.

Sementara itu, Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah dan Cenderamata kepada para Peserta dan Hakim Musabaqah berkenaan akan diadakan pada Hari Khamis, 24hb November 2022M di tempat yang sama.

Orang ramai boleh mengikuti Musabaqah ini secara langsung melalui akaun Instagram rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama @kheu.brunei.

Attachments
Created at 11/15/2022 10:08 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 12/3/2022 9:47 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK