Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

UJIAN TASMIE’ MENGHAFAZ AL-QURAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI PERTAMA TAHUN 2023M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urusetia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Kali Pertama Tahun 2023, bermula pada penghujung bulan Januari 2023 yang dibukakan kepada Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam sahaja.

Permohonan boleh dihadapkan secara dalam talian melalui pautan di Weblog dan Media Sosial Urus Setia seperti berikut:

•    FB-Ujian Tasmie Menghafaz Al-Quran, atau
•    FB-Urus Setia Ujian Tasmie’ Hafaz Quran NBD, atau
•    IG-PPPQ MABIMS (official)

Permohonan Ujian Tasmie’ telah dibuka mulai hari ini, Isnin, 26 Rabiulakhir 1444H bersamaan 21 November 2022M.

Tarikh Tutup Permohonan pada hari Rabu, 06 Jamadilawal 1444H bersamaan 30 November 2022M.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512.

Attachments
Created at 22/11/2022 11:28 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 3/12/2022 9:33 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK