Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

“MASJIDKU MA’MUR, NEGARA BERKAT” DI MASJID OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN, BANDAR SERI BEGAWAN

Bandar Seri Begawan, Ahad, 14hb April 2019M–Masjid adalah ibarat Rumah Allah, dan sesungguhnya menghadirkan diri beribadah ke masjid serta mendirikan sembahyang secara berjemaah itu mempunyai kelebihan darjat berbanding sembahyang secara perseorangan.

Program “Masjidku Ma’mur, Negara Berkat” di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien pada minggu ini dikendalikan bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan disokong oleh Jabatan Perdana Menteri, ianya merupakan satu program mingguan dan ajakkan bagi mengalu-alukan jemaah meningkatkan kehadiran bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di awal waktu di masjid.

“Masjidku Ma’mur, Negara Berkat” turut memberikan peluang kepada para pengunjung bersempena acara “Bandarku Ceria”, memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui partisipasi menunaikan tuntutan sembahyang fardhu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan. Program kali ini diserikan dengan tazkirah bertajuk “Hargai Diri” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor Penjara, Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Dai’e Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei.

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

Ma’murnya masjid-masjid di Negara ini, adalah antara landasan kita bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala bagi diri kita, keluarga dan juga Negara.


Attachments