Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN AGIHAN ZAKAT BENCANA KEBAKARAN RUMAH YANG BERLAKU DI DAERAH BELAIT

BELAIT, Selasa, 08hb Oktober, 2019M, Dalam Usaha meringankan bebanan kepada 5 buah keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Daerah Belait. Mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat adalah dari kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampong Mumong, Kuala Belait.

Hadir Selaku Tetamu Kehormat dalam Majlis tersebut dan seterusnya bagi menyerahkan bantuan ialah Yang Mulia Awang Mohamad Aliyani Bin Ismail, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait. Majlis diadakan di Dewan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait

Penerima Pertama menerima Agihan Zakat Bencana Kebakaran ialah Dayang Khatijah Binti Ghani, berumur 62 tahun, berserta dengan 2 tanggungannya; Penerima Kedua menerima Agihan Zakat Bencana Kebakaran ialah Awang Anwaruddin Chong Bin Abdullah @Chong Ah Tee, berumur 63 tahun, berserta dengan 3 tanggungannya; Penerima Ketiga menerima Agihan Zakat Bencana Kebakaran ialah Dayang Maimunah Binti Ghani, berumur 50 tahun; Penerima Ketiga menerima Agihan Zakat Bencana Kebakaran ialah Sofian Bin Ghani, berumur 46 tahun; Penerima Ketiga menerima Agihan Zakat Bencana Kebakaran ialah Zaeni, warganegara Indonesia berumur 46 tahun.

Agihan yang diserahkan berjumlah $2000.00 (Dua Ribu Ringgit Sahaja ) diambil dari kumpulan Wang Zakat Majlis Ugama Islam Brunei.

Adalah diharapkan semoga dengan adanya agihan zakat ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh penerima.


Attachments