Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KURSUS PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG

BERAKAS, 13hb Januari 2020M, Isnin–Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Kursus Penggubalan Undang-Undang selama 3 hari iaitu pada 09, 11 & 13 Januari 2020M bertempat di Bilik Kuliah, Tingkat 1, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas.

Sehubungan dengan itu, Penyampaian Sijil Kursus berkenaan telah berlangsung pada petang tadi bertempat di Dewan Melor, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis Berakas. Sijil-sijil kursus telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Peserta kursus seramai 17 orang terdiri daripada kalangan pegawai-pegawai dari Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Fasilitator kursus ialah Pengiran Hajah Siti Rahmah binti Pengiran Haji Mohammad, Pemangku Penggubal Undang-Undang, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Antara tujuan kursus diadakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai prinsip asas penggubalan undang-undang dalam memastikan undang-undang yang digubal adalah teratur. Dengan adanya kursus ini juga akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai kaedah-kaedah penilaian dan pemilihan undang-undang dan sumber rujukan lain yang dijadian benchmark, serta meningkatkan pengetahuann dan kemahiran tatacara / kaedah penggubalan yang terkini disamping mempelajari dalam merangka objektif dasar suatu penggubalan undang-undang, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai Unit Perundangan Islam dalam mengendalikan penyelidikan undang-undang yang berkesan; dan meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran mengenai prinsip, prosedur dan teknik penterjemahan dan penafsiran statut.

Semoga dengan adanya kursus seumpama ini diharap akan dapat menjadi platform bagi Unit Perundangan Islam dan Pejabat Peguam Negara untuk berkongsi pengalaman dan saling bertukar fikiran dan maklumat dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang serta dapat menjalinkan hubungan kerja yang erat dan rangkaian kerjasama dua hala berhubung perkara-perkara berkaitan dengan perkara undang-undang dan lain-lain hal yang berkaitan.


Attachments