Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM DAN MAKANAN ASASI UNTUK GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN

Kampong Sungai Besar, 17 Mei 2020M-Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang lebih kurang satu minggu sahaja lagi dan konsep sambutannya akan berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, di mana tidak akan ada kunjung-mengunjungi berikutan Negara Brunei Darussalam masih berusaha untuk mengekang penularan jangkitan wabak COVID-19.

Sehubungan itu, dalam memanfaatkan bulan Ramadan yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi ini, kita sewajarnya memperbanyakkan lagi amalan demi mengharapkan ganjaran pahala antaranya amalan bersedekah, terutama sekali kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Justeru, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Muslimah, Belia dan Beliawanis Masjid Kampung Sungai Besar menyumbangkan derma kepada seramai tujuh anak yatim serta mendermakan barangan makanan asasi kepada sembilan ibu tunggal dan mereka yang kurang berkemampuan dari kampung berkenaan.

Penyampaian derma berlangsung di kawasan letak kereta masjid berkenaan dan disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Terdahulu, Doa Selamat dibacakan oleh Pembantu Imam Masjid, Awang Haji Hanafiah bin Haji Mahmud.

Inisiatif Ahli Jawatankuasa Takmir dan Muslimah, Belia dan Beliawanis Masjid Kampung Sungai Besar menerusi acara tersebut antara lain untuk membantu meringankan bebanan anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan, sekali gus menjaga kemaslahatan masyarakat dengan mewujudkan hubungan silaturahim dan ukhuwah sesama umat Islam dan perpaduan sejagat.

Bersedekah sama ada dengan wang ringgit atau lainnya merupakan amalan mulia yang memberi keuntungan kepada orang yang mengeluarkannya dan orang yang menerimanya.

Orang yang bersedekah mendapat balasan pahala, sementara bagi orang yang menerimanya pula dapat menggunakan sedekah tersebut bagi memenuhi keperluan hidupnya. Apatah lagi amalan tersebut dilakukan pada bulan Ramadan, di mana terdapat banyak ganjaran pahala di dalamnya.


 

Attachments