Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT KEPADA MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI (MUIB)

BERAKAS, Khamis, 21hb Mei 2020M-Majlis Ugama Islam Brunei merupakan Badan Ugama Islam yang tertinggi di Negara ini yang mempunyai bidang kuasa dalam pengurusan dan pengendalian kutipan wang zakat iaitu berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, Pindaan 1984 iaitu menerusi bab-bab 114 hingga 121 dan juga Peraturan Zakat dan Fitrah 1969.

Sehubungan itu, hari ini Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) menerima Zakat Perniagaan daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) bagi Tahun Kewangan 2019 berjumlah BND$1,743,501.16, Zakat Wang Simpanan Pelanggan BIBD sebanyak BND$848,297.84 (kutipan dari 23 Mei 2019 hingga 14 Mei 2020) dan Zakat Emas (Gold Bars) milik BIBD bagi tahun 2019 berjumlah $18,162.35 yang diserahkan oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof, Penolong Mufti (Buhuts) selaku Pengerusi Badan Penasihat Syariah (BPS) BIBD.

Stesen Minyak Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) pada hari ini juga telah menyerahkan Zakat Perniagaan tertunggak bagi tahun kebelakangan berjumlah $550,861.07 dan Zakat Perniagaan bagi Tahun Kewangan 2018 berjumlah BND$54,119.75 diserahkan oleh Awang Haji Omar bin Haji Mohd Tahir, Pengerusi Lembaga Pengarah KOTIBA.

Zakat-zakat tersebut diterima Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam Brunei.

Majlis penyerahan zakat tersebut berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir di majlis penyerahan zakat tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Naib Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Brunei; Yang Mulia Awang Haji Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Yang Mulia Awang Haji Abd Aziz bin Haji Akop, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam; Yang Mulia Dayang Hajah Noraini binti Haji Sulaiman, Timbalan Pengarah Urusan BIBD; Yang Mulia Awang Haji Gharif bin Datu Seri Laila Haji Samat, Penasihat Ahli Lembaga Pengarah KOTIBA; Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Adam bin Haji Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah KOTIBA dan Pegawai-Pegawai dari Jabatan Majlis Ugama Islan, Bank Islam Brunei Darussalam dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KOTIBA.

Wang zakat yang diterima itu akan diagih-agihkan kepada asnaf zakat yang berhak di negara ini yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin, muallaf, amil, al gharimin dan ibnu sabil.

Attachments