Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

RAMPASAN DAGING YANG DIRAGUI KEHALALANNYA

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 Ogos 2020M–Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syari’ah, Kementerian Hal Ehwal Ugama membuat operasi pada hari ini di salah sebuah premis penjualan daging mentah di kawasan Gadong. Melalui operasi tersebut, pihak penguatkuasa telah berjaya merampas 3 kotak hati buyah beku dengan jumlah sebanyak 44.8 kg.

Suspek berserta barang rampasan dibawa ke Balai Polis, Bandar Seri Begawan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Bab 9, Akta Daging Halal, Penggal 183 iaitu penjualan daging mentah yang diimport tanpa Permit Import Halal daripada pusat penyembelihan luar negara yang tidak diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam Brunei.

Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syari’ah akan sentiasa menjalankan operasi dan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Daging Halal, Penggal 183 dan Aturan-Aturannya sentiasa dipatuhi oleh pengedar dan penjual daging-daging mentah di Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, orang ramai diingatkan bahawa setiap kemasukan daging halal ke negara ini hendaklah mempunyai kebenaran dari Majlis Ugama Islam Brunei dengan mengikuti proses-proses yang ditetapkan.


Attachments