Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

FORUM SEMPENA AWAL TAHUN 1442 HIJRAH BAGI DAERAH TUTONG

Daerah Tutong, Sabtu, 12 September 2020M–Masalah sosial secara umumnya adalah sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat yang memerlukan perhatian dan komitmen seluruh anggota untuk mencari jalan penyelesaian. Sehubungan dengan itu Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abd. Wakeel, Mukim Kiudang, Daerah Tutong telah mengungkayahkan forum sempena awal tahun 1442 Hijrah yang bertajuk “Punca Isu Sosial Kalangan Belia Dan Cara Mengatasinya”. Forum tersebut berlangsung di Masjid Pengiran Muda Abd. Wakeel, Mukim Kiudang, Daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada program tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

Antara tujuan acara ini diadakan adalah untuk memperingati sempena awal tahun baru Hijrah 1442. Selain itu memberikan kesan penghijrahan melalui forum serta untuk memberi peluang kepada Belia dan Beliawanis Masjid berkumpul dan beramah mesra bersama pemimpin, di samping untuk mengajak belia dan beliawanis masjid bagi sama-sama mendengar kesan bahaya gejala sosial termasuk penyalahgunaan dadah. Seterusnya memberi peluang para ibu bapa bagi sama-sama mendengar dan memantau kegiatan anak-anak mereka. Acara ini juga dihasrat untuk memberi kesedaran kepada peserta dan yang hadir akan bahayanya penyalahgunaan dadah sekaligus mendidik peserta agar sentiasa mengikuti aktiviti yang sihat dan berfaedah.

Forum pada pagi tersebut dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Khairulizam bin Haji Jefrey, Ketua Belia Masjid Pengiran Muda Abd. Wakeel, Mukim Kiudang, Daerah Tutong. Sementara ahli panelnya terdiri dariapada Yang Mulia Awang Haji Mohd. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Penolong Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Yang Mulia Awang Mohammad Waiz bin Tajuddin, Ketua Unit Belia Masjid Kampong Junjongan.

Program seumpama ini juga akan diadakan dilaratkan ke daerah lain mengikut jadual yang telah

ditetapkan.

 

Attachments