Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM BAGI BELIA DAN BELIAWANIS MASJID SENEGARA SEMPENA 20 TAHUN PENUBUHAN MASJID YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH DAN SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1442H/2020M

Kampong Bolkiah, Sabtu, 12hb. Rabiulakhir 1442H bersamaan 28hb. November 2020M-Dikir Syarafil Anam merupakan salah satu khazanah yang berharga yang telah diwarisi oleh orang-orang Melayu Brunei dan meruapakan salah satu kebudayaan berugama yang telah diamalkan dalam kehidupan orang-orang Brunei sejak zaman berzaman.

Dikir Syarafil Anam mengandungi selawat dan salam serta kisah kehidupan dan keperibadiaan yang agung yang dimiliki oleh junjungan Besar Nabi Muhammad Shallalahu ‘Alaihi Wasallam yang telah dianugerahkan oleh Allah Subhanahu WaTa’ala dengan berbagai keistemewaan. Sudah setentunya sesiapa yang membaca kitab ini akan beroleh pahala, berkat dan rahmat dari Allah Subhanahu wataalah dan mendapat syafa’at dari Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sehubungan dengan itu, bersempena dengan memperingati 20 tahun penubuhan Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1442H/2020M, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Pertandingan Dikir Syarafil Anam Bagi Belia dan Beliawanis Masjid Senegara.  Pertandingan berlangsung di masjid berkenaan.

Sebanyak 18 pasukan berentap dalam pertandingan tersebut terdiri daripada 09 pasukan belia masjid dan 09 pasukan beliawanis masjid. Bahagian Belia Masjid para pasukan akan membawakan Alhamd (Dikir Syarafil Anam). Manakala bagi Bahagian Beliawanis pula para pasukan akan membawakan Bishahri (Dikir Syarafil Anam).

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim. Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah sempena memperingati hari penubuhan Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang ke-20 tahun dengan majlis keagamaan. Disamping memberikan bimbingan dan pendedahan serta memberikan peluang para peserta untuk mempelajari teknik /kaedah bedikir yang betul agar mampu mempersembahkan Dikir Syarafil Anam dengan baik dan sempurna. Acara ini juga bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu bacaan Dikir Syarafil Anam dari segi Fashahah, lagu dan suara. Selain itu menggalakan para peserta supaya akan terus mempelajari dan menguasai lagu-lagu dikir agar dapat menyampaikan hajat masyarakat awam khususnya bagi menyerikan acara keagamaan. Pertandingan ini juga dihasrat untuk menggalakan para peserta sentiasa mengamalkan selawat kepada Nabi Muhammad Shallahu 'Alaihi Wasallam supaya menjadi amalan harian dan beroleh barkat daripadanya sekaligus memeriahkan dan membesarkan lagi suasana sambutan Maulidur Rasul Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

Semoga dengan adanya pertandingan seumpama ini diharap dapat melahirkan belia dan beliawanis masjid pandai membawakan Dikir Syarafil Anam dengan baik dan sempurna.


Attachments