Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA YANG BERSARA TAHUN 2019


BSB,12 Rabiulakhir 1442H bersamaan 28hb November 2020M, Sabtu-Bagi menghargai perkhidmatan dan jasa baik telah dicurahkan oleh Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang telah bersara, pagi tadi telah diadakan Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Perkhidmatan Bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama Yang Bersara Tahun 2019, bertempat di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’Seni, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.

Seramai 104 orang pegawai dan kakitangan yang bersara pada tahun 2019 telah diraikan dan seterusnya menerima Sijil Bersara dan penghargaan di atas jasa yang telah dicurahkan oleh Pegawai dan kakitangan yang berkenaan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama yang seterusnya berkesudian untuk menyampaikan Sijil Bersara Bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama Tahun 2019M.

Turut sama hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama beserta beberapa Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Haji Md Shamsul Riza bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Majlis.

Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Selamat dan Saidul Istighfar oleh Yang Mulia Imam Khairul Ariffin bin Haji Yusop, Imam Tingkat 1, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

Ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Haji Md Shamsul Riza bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran KHEU







Attachments