Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT SARINGAN KEBANGSAAN TAHUN 1442 HIJRAH

ONG SUM PING, Isnin, 27hb. Jamadilawal 1442H bersamaan 11hb Januari 2020M-Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya merupakan salah satu projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS bagi menyemarakkan Hari-Hari Kebesaran Islam dan ia merupakan pengisian dalam aturcara Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara yang diadakan setiap tahun.

Musabaqah Peringkat Saringan pada tahun ini akan dijalankan secara tertutup di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS Blok 2H Tingkat  8, (2H8:04), Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam.

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya  ini dibahagikan kepada 5 kategori seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu Kategori A, B, C, D dan E.

Kategori 'A', Terbuka kepada peserta yang berumur 13 tahun ke bawah yang lahir pada  01 Mei 2008 dan selepasnya; tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'A' sebanyak 2 kali berturut-turut dan bukan terdiri dari penuntut Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negeri semasa mendaftar dan menghantar borang permohonan. Peserta akan menghafaz surah-surah pilihan dari Juz 30 iaitu Surah Al-Muthaffiffiin, Surah Al-Insyiqaaq, Surah Al-Buruuj, Surah At-Taariq, Surah Al-A’laa, Surah Al-Ghaasyiyah, Surah Al-Fajr, Surah Al-Balad, Surah Asy-Syams, Surah Al-Lail dan Kompilasi Surah-surah Lazim bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas berserta pemahaman Surah An-Naba’, Surah An-Nazi’at, Surah Abasa, Surah At-Takwir, Surah Al-Infithar.

Kategori 'B', terbuka kepada murid-murid berumur 14 tahun keatas dan Tidak menerima Elaun Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam kategori 10, 20 dan 30 juz 4 kali berturut-turut secara kebelakangan dari tarikh tutup penyertaan, Tidak pernah menjadi Johan dalam Kategori ‘B’ sebanyak 2 kali berturut-turut(1440H/2019M dan 1441H/.2020M), Bukan terdiri dari penuntut Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negeri semasa mendaftar / menghantar borang permohonan. Peserta akan menghafaz surah-surah pilihan iaitu

Surah Al-Kahfi, Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Ar-Rahmaan, Surah Al- Waqi’ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Insaan, Surah Yaasiin, Surah Jiin berserta pemahaman Surah Al-Jumu’ah dan  Surah An-Nur.

Manakala kategori 'C', terbuka kepada semua peringkat umur; dan tidak pernah menerima Elaun Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam Kategori 10,20 dan 30 Juz, serta tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'C' sebanyak dua kali berturut-turut. Peserta akan menghafaz 3 Juz Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 3 berserta Pemahaman Surah An-Nissa’.

Kategori 'D' pula, terbuka kepada semua peringkat umur, Tidak pernah menerima Elaun Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam kategori 30 juz. Tidak menjadi Johan dalam Kategori ‘D’ sebanyak 2 kali berturut-turut. Peserta akan menghafaz 15 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 15 berserta Pemahaman Surah Maryam dan Surah Thaha.

Dan kategori 'E', terbuka kepada semua peringkat umur; dan tidak pernah menjadi johan 3 tahun berturut-turut dalam Kategori menghafaz 30 juz, dan hanya boleh menyertai musabaqah semula iaitu selepas 2 tahun menjadi johan. Peserta akan menghafaz 30 Juz Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 30 berserta Pemahaman Surah Asy-Syura, Surah Az-Zukhruf, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-Jatsiah.

Seperti lazimnya Musabaqah ini akan diadakan dalam tiga peringkat iaitu Peringkat Saringan Kebangsaan, Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan, Peringkat Akhir Kebangsaan.

Seramai 298 orang peserta telah mendaftar untuk mengikuti Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun ini.

Kategori ‘A’ seramai 93 orang (48 lelaki dan 45 perempuan); Kategori ‘B’ seramai 34 orang (13 lelaki dan 21 perempuan); Kategori ‘C’ seramai 108 orang (56 lelaki dan 52 perempuan); Kategori ‘D’ seramai 43 orang (28 lelaki dan 15 perempuan); dan Kategori ‘E’ seramai 20 orang (11 lelaki dan 9 perempuan).    

Seramai 12 orang peserta akan dipilih bagi setiap kategori yang mempunyai markah 65% ke atas untuk masuk ke Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan.

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya  Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah  ini berlangsung selama 7 hari dan bermula hari ini, Isnin,  27hb Jamadilawal 1442H bersamaan 11hb Januari 2021M hingga 5hb Jamadilakhir 1442H bersamaan 19hb Januari 2021M.


 

Attachments