ONG SUM PING, Selasa, 28hb. Jamadilawal
1442H bersamaan 12hb Januari 2020M- Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta
Pemahamannya Peringkat Saringan Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah diteruskan lagi
hari ini bagi hari Ke-2 berlangsung secara tertutup di Bilik Mesyuarat Pusat
Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS Blok 2H Tingkat 8, (2H8:04), Kondominium Ong Sum Ping, Jalan
Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam.
Seramai 34 orang peserta 13 orang lelaki
dan 21 orang perempuan telah bertanding hari ini Peserta menghafaz surah-surah
pilihan iaitu Surah Al-Kahfi, Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Ar-Rahmaan,
Surah Al- Waqi’ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Insaan, Surah Yaasiin, Surah Jiin
berserta pemahaman Surah Al-Jumu’ah dan
Surah An-Nur.
Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta
Pemahamannya Peringkat Saringan
Kebangsaan Tahun 1442 Hijrah ini berlangsung selama 7 hari bermula Isnin, 27hb Jamadilawal 1442H bersamaan 11hb Januari
2021M hingga 5hb Jamadilakhir 1442H bersamaan 19hb Januari 2021M.




