Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KELAHIRAN ANAK-ANAK DAMIT PADA 1 MUHARRAM SEMPENA SAMBUTAN AWAL TAHUN 1443 HIJRAH

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 02 Muharram 1443H bersamaan 10hb Ogos 2021M–Seramai 17 orang anak damit telah dilahirkan pada 1 Muharram 1443 Hijrah di seluruh negara, iaitu anak yang lahir bermula masuk waktu Maghrib hingga berakhirnya waktu Asar, 1 Muharram 1443 Hijrah. Anak-anak damit yang baru lahir tersebut digelarkan Anak Damit 1 Muharram dan kelahiran mereka disambut dengan penuh kesyukuran.

17 orang anak damit yang lahir pada 1 Muharram 1443 Hijrah dilahirkan sempena sambutan awal tahun 1443 Hijrah. Di Daerah Brunei-Muara, seramai 15 orang anak damit, iaitu 8 orang anak damit lelaki dan 7 orang anak damit perempuan telah dilahirkan. Di Daerah Belait pula, 2 orang anak damit lelaki dilahirkan. Manakala di Daerah Temburong tiada kelahiran dicatatkan. 

Anak damit pertama yang dilahirkan pada 1 Muharram 1443 Hijrah ialah anak damit perempuan seberat 3.335kg dari Daerah Brunei-Muara. anak damit tersebut lahir pada jam 7.11 malam yang merupakan anak kepada pasangan Dayang Nurul Azimah Binti Zulqarnain Dan Awang Md Addy Shahdillah Bin Md Salleh dan sepasang anak lelaki kembar iaitu anak kepada pasangan Dayang Nurul Hafizah Binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili Dengan Awang Haji Darul Hisam Bin Haji Metahir. 

Kelahiran anak-anak damit pada awal Tahun Hijrah ini diraikan dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa ta‘ala dalam memperingati kedatangan hari yang baik dan bersejarah dalam Islam. ianya juga menjadikan taqwim hijrah terus mendapat tempat penggunaannya dari masa ke semasa.

Attachments