Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1443H MALAM KEENAM

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, Sabtu, 06 Rabiulawal 1443H bersamaan 12 Oktober 2021M-Dalam sama-sama memeriahkan dan memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan dalam suasana Negara Brunei Darussalam menghadapai situasi penularan jangkitan wabak COVID-19 yang mana semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara ditutup sementara kepada orang ramai, laungan Dikir di Masjid Masjid, Surau dan Balai Ibadat Seluruh Negara sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam tetap terus bergema dengan laungan Selawat dan Dikir Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang dibawakan oleh petugas-petugas pegawai masjid.

Berikutan dengan itu, pada malam yang keenam ini beberapa buah Masjid, Surau dan Balai Ibadat seluruh negara meneruskan lagi Majlis Dikir Maulud Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam secara atas talian dengan menyediakan pautan bagi Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Jemaah, Muslimah, Belia Masjid dan Majlis Perundingan Kampung yang sering bersama-sama melaungkan dikir maulud setiap kali acara tersebut diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.

Antara masjid-masjid tersebut ialah Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong; Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong; Masjid Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Kampong Mulaut; Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Masjid Kampong Pelambayan; Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampong Rimba; Masjid Kampong Kapok; Masjid Kampong Pulaie; Masjid Kampong Kilanas; Masjid Kampong Belimbing Subok; Masjid Kampong Bengkurong; Balai Ibadat Kampong Mata-Mata; Masjid Jefri Bolkiah Kampong Batong; Masjid Kampong Penanjong; Masjid Kampong Kupang; Masjid Kampong Telisai; Masjid Kampong Danau; Masjid RPN Kampong Pandan; Masjid Zainab, Lumut; dan Masjid RPN Kampong Rataie, Temburong.

Majlis Dikir seumpama ini diadakan adalah bagi meraih pahala berlipat ganda serta ganjaran teristimewa dan syafa’at bagi orang-orang yang berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam serta memohon keberkatan dan rahmat dari Nya jua selain memupuk kesedaran dan keinsafan umat Islam dalam mengenang jasa dan pengorbanan Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam menyebarkan agama Islam. Disamping itu ianya dihasrat untuk mewujudkan perpaduan dan komitmen petugas-petugas pegawai masjid dan orang ramai dalam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti keagamaan yang dianjurkan sekaligus menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi dengan selawat dan Dikir Maulud.


Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong


Masjid Setia Ali, Pekan Muara


Masjid Kampong Pulaie

Balai Ibadat Kampong Mata-Mata

Masjid Kampong Pelambayan

Masjid Kampong Kapok

Masjid Kampong Danau

Masjid RPN Kampong Pandan


Attachments