Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1443H MALAM KETUJUH

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 07 Rabiulawal 1443H bersamaan 13 Oktober 2021M-Alunan-alunan Dikir tetap berkumandang di Masjid Masjid, Surau dan Balai Ibadat Seluruh Negara sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang dibawakan oleh petugas-petugas pegawai masjid.

Berikutan dengan itu, pada malam yang ketujuh ini, beberapa buah Masjid, Surau dan Balai Ibadat seluruh negara telah meneruskan lagi mengadakan Dikir Maulud Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1443H/2021M secara atas talian dengan menyediakan pautan bagi Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Jemaah, Muslimah, Belia Masjid dan Majlis Perundingan Kampung yang sering bersama-sama melaungkan dikir maulud setiap kali acara tersebut diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.

Antara masjid-masjid tersebut ialah Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong; Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong; Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Masjid Kampong Pelambayan; Masjid Kampong Kasat; Masjid Kampong Telisai; Masjid Kampong Penanjong; Masjid Kampong Tanjong Maya; Masjid Kampong Sungai Teraban bersama Masjid STKRJ Lorong 3 Seria.

Turut hadir bagi sama-sama menyemarakkan lagi laungan dikir maulud pada malam ini di Masjid Kampong Belimbing Subok ialah Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Khamis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam, sementara  di Masjid Setia Ali, Pekan Muara turut hadir ialah Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam, manakala di Masjid RPN Kampong Rataie, Daerah Temburong juga hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

Majlis Dikir seumpama ini diadakan adalah bagi meraih pahala berlipat ganda serta ganjaran teristimewa dan syafa’at bagi orang-orang yang berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam serta memohon keberkatan dan rahmat dari Nya jua selain memupuk kesedaran dan keinsafan umat Islam dalam mengenang jasa dan pengorbanan Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam menyebarkan agama Islam. Disamping itu ianya dihasrat untuk mewujudkan perpaduan dan komitmen orang ramai dalam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti keagamaan yang dianjurkan sekaligus menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi dengan selawat dan Dikir Maulud.


Masjid RPN Kampong Rataie, Daerah Temburong


Masjid Kampong Sungai Teraban bersama Masjid STKRJ Lorong 3 Seria


Masjid Kampong Penanjong


Masjid Kampong Pelambayan

Masjid Kampong Belimbing Subok

Attachments