Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN RASMI BUKU-BUKU BAHASA ARAB TERBITAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN KESULTANAN OMAN


Berakas, Selasa, 18 Rabi’ulakhir 1443H bersamaan 23 November 2021M–Majlis penyerahan sumbangan berupa buku-buku Pendidikan Bahasa Arab terbitan Kementerian Pendidikan Kesultanan Oman kepada Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah diadakan bertempat di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

Majlis Penyerahan Rasmi tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman  ke Negara Brunei Darussalam kepada Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kerajaan Kesultanan Oman telah menyumbangkan sebanyak 11,279 naskah buku-buku Pendidikan Bahasa Arab yang terdiri daripada 93 judul buku meliputi buku-buku bacaan, tulisan, Latihan, aktiviti, panduan guru dan juga kamus.

Buku-buku tersebut sangat bermanfaat dalam usaha pihak kerajaan mempertingkatkan keupayaan berbahasa Arab dalam kalangan penuntut-penuntut Sekolah Arab di Negara ini.

Ia jua adalah sejajar dengan perancangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam perlaksanaan inisiatif bagi mempertingkatkan lagi tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Negara ini khususnya dipersekolahan Arab dan Ugama dengan menjadikan sebagai sumber rujukan tambahan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Selain itu kepelbagaian jenis buku-buku yang disumbangkan juga InsyaAllah dapat memenuhi keperluan-keperluan yang berbeza dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab itu sendiri.

Semoga dengan pengagihan buku-buku tersebut yang akan dilaksanakan InsyaAllah dalam masa terdekat setelah keadaan mengizinkan, akan dapat menyuntuk semangat yang lebih tinggi dalam kalangan guru dengan lebih gigih menyampaikan pengajaran Bahasa Arab kepada pelajar dan seterusnya pelajar akan lebih semangat untuk mempelajarai dan mencintai Bahasa Arab.


Attachments