Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1443 HIJRAH /2022 MASIHI BAGI HARI KETIGA


Berakas, Rabu, 19 Rabi'ulakhir 1443H bersamaan 24 November 2021M–Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1443H/2022M diteruskan lagi hari ini bagi hari ketiga dan terakhir Musabaqah yang diadakan secara tertutup di Dewan Melor, Tingkat 2, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

Seramai 15 orang peserta terdiri daripada 13 orang qari dan 4 orang qariah telah memperdengarkan bacaan mereka masing-masing hari ini. Mereka ialah:

1.         Awang Qawiyuddin bin Haji Suhaili

2.         Awang Haji Mohammad Khairudin bin Haji Meraji / Marajah

3.         Dk Alma Hazirah bt Pengiran Haji Jofri

4.         Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin

5.         Awang Mohammad Jazmeen bin Tassim

6.         Dayang Nur Amal Atiqah @ Aida bt Hj Sulaiman

7.         Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili

8.         Awang Masrur Fuad bin Haji Asmat

9.       Awang Mohammad Ayob bin Ali

10.       Haji Awang Muhammad Fikri bin Haji Awang Metussin

11.       Awang Haji Hazwan bin Haji Salim

12.       Dayang Amal Nazirah binti Haji Asmat

13.       Awang Abdul Qaiyum bin Haji Metussin

14.       Awang Muhammad Hamiz Mirza bin Haji Sudirman

15.       Awang Haji Isyrah Sadri bin Haji Osman

Bagi langkah-langkah pengawalan penularan wabak COVID-19, Musabaqah telah dilaksanakan di dalam dewan secara tertutup dengan kehadiran peserta secara berjadual di samping mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan yang berhubung dengan perkumpulan ramai dan langkah-langkah penjarakan fizikal dan sosial dari masa ke semasa. Orang ramai bolehlah mengikuti Musabaqah ini melalui akaun Instagram rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama @kheu.brunei dan juga secara langsung melalui Facebook radio Nur Islam FM.

Seramai 53 orang peserta terdiri daripada 40 qari dan 13 qariah telah dan akan memperdengarkan bacaan masing-masing dihari pertama sehingga hari terakhir pertandingan.

Sementara itu Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah dan Cenderamata kepada Para Peserta dan Hakim Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1443H/2022M akan diadakan esok Hari Khamis, 25hb. November, 2021M bertempat di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas, Negara Brunei Darussalam.






Attachments