Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PERJUMPAAN YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL UGAMA BERSAMA URUSETIA PROJEK PENYUSUNAN MUSHAF BRUNEI DARUSSALAM DAN TAFSIRANNYA

​

PULAIE, Rabu, 19 Rabi'ulakhir 1443H bersamaan 24 November 2021M–Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama telah membuat perjumpaan bersama Urusetia Projek Penyusunan Mushaf Brunei Darussalam dan Tafsirannya bertempat di Bilik Masyaikh, Bangunan Darul Huda, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam di Jalan Pulaie, pada lewat pagi tadi.

Dalam Perjumpaan tersebut, Yang Berhormat Pehin Menteri Hal Ehwal Ugama berkesempatan memberi kata-kata nasihat kepada Kumpulan Penyusun Draf iaitu penyusun draf berkontrak terdiri daripada graduan-graduan Universiti Al-Azhar. Kumpulan Penyusun draf ini bertanggungjawab dalam menyusun draf dengan menyediakan rujukan daripada kitab-kitab rujukan yang terpilih.

Projek Penyusunan Mushaf Brunei Darussalam dan Tafsirannya mula diusahakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama sejak 2007 dan sedang diusahakan dengan lebih fokus serta teratur setelah selesai penerbitan Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahannya pada tahun 2014.

Perjumpaan bersama Urusetia Projek telah diisikan dengan sesi Taklimat dan Perbincangan yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

Taklimat tersebut antaralain mengongsikan perkembangan baik dan status terkini peringkat-peringkat proses pelaksanaan Projek Penyusunan Mushaf Brunei Darussalam dan Tafsirannya yang mengandungi Peringkat Penyusun Draf; Peringkat Perbincangan Draf; Peringkat Sidang Redaksi; Peringkat Krop Ayat Dan Paipset; Peringkat Persidangan Masyaikh; Peringkat Penyemakan Agensi-Agensi Penyemak dan Peringkat Pencetakan.

Beberapa cadangan penambahbaikan telah diusulkan bagi penambahbaikan dalam sesi perbincangan dengan harapan agar projek penyusunan Mushaf Brunei Darussalam dan Tafsirannya ini akan berjalan dengan lancer sehingga ianya akan dapat diterbitkan dan mencapai tujuan penerbitannya dalam tempoh yang djadualkan.

Terdahulu, Perjumpaan telah dimulakan dengan bacaan Saiyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan doa oleh Awang Haji Azmi bin Haji Akop, Pegawai di Pusat Da'wah Islamiah.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Majis Perjumpaan telah diakhiri dengan sesi lawatan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama ke Pejabat Urusetia di Bangunan Darul Huda, Pusat Da'wah Islamiah.








Attachments