Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL SKIM BIMBINGAN LANJUTAN I BAGI MUALLAF SIRI KE – 106 (PEREMPUAN)

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

PULAIE, Isnin, 16 Zulkaedah 1443M bersamaan 16 Jun 2022M – Pusat Da’wah Islamiah melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Skim Bimbingan Lanjutan 1 (Perempuan) Siri Ke-106 bagi Muallaf pada hari ini di Dewan Maui’zzah, Bangunan Darul Huda, Pusat Da’wah Islamiah.

Skim Bimbingan Lanjutan 1 (Perempuan) Siri Ke-106 bagi Muallaf ini telah diadakan selama 14 hari bermula 01 Jun 2022 hingga 16 Jun 2022 secara serentak di keempat-empat daerah.

Jumlah keseluruhan peserta muallaf yang menyertai skim pada kali ini adalah seramai 67 orang terdiri daripada 22 orang dari Daerah Brunei Muara, 18 orang dari Daerah Tutong, 9 orang dari Daerah Belait dan 18 orang dari Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan juga menyampaikan sijil kepada para peserta skim ialah Pengarah Pusat Da’wah Islamiah, Yang Mulia Awang Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh.


Antara objektif skim ini adalah untuk memberikan bimbingan kepada muallaf dalam meningkatkan dan menghalusi lagi ilmu pengetahuan Ugama Islam terutama bidang ibadat sembahyang, akidah dan akhlak serta mata pelajaran seperti Tauhid, Fiqh Solat, Fiqh Haji, Fiqh Munakahat, Tasawwuf, Muqaddam, Amali, Sejarah Islam dan Kefahaman Keluarga.

Di samping itu, dalam usaha menjaga dan memelihara kemaslahatan muallaf, Pusat Da’wah Islamiah juga telah menyediakan beberapa program bimbingan khusus untuk muallaf seperti Bimbingan Pengenalan Islam, Program Lawatan Tarbiyah Muallaf, Skim Bimbingan Asas, Skim Bimbingan Lanjutan I serta Skim Bimbingan Lanjutan II.

Para muallaf juga boleh mengikuti Kelas Bimbingan Muallaf pada setiap hari Juma’at bagi Daerah Brunei Muara dan seminggu sekali mengikut jadual yang telah disediakan bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut sila, hubungi Bahagian Pembangunan Muallaf (Tarbiyah Muallaf) Pusat Da’wah Islamiah di talian 2383996.



 

 

Attachments