Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS MENDIRIKAN TIANG MASJID BAHARU KAMPONG JUNJONGAN

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Junjongan, Sabtu, 18 Zulkaedah 1443H bersamaan 18 Jun 2022M–Penduduk Kampung Junjongan dan sekitarnya bakal mempunyai sebuah bangunan masjid baharu yang dijangka siap pembinaannya pada bulan Mei 2023.

Sehubungan dengan itu, satu majlis Mendirikan Tiang Masjid Baharu terletak di kampong Junjongan telah diadakan pagi tadi. Hadir selaku Tetamu Kehormat Bersama di majlis tersebut itu ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei dan Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid, Menteri Pembangunan.

Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd. Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Ahli-ahli Majlis Ugama Islam Brunei; Setiausaha Tetap- Setiausaha Tetap dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pembangunan serta penduduk Kampong Junjongan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan laungan azan dan bacaan zikir mendirikan tiang masjid baharu secara beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Murat, Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

Majlis diteruskan dengan acara menuang simen didahului oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei dan Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid, Menteri Pembangunan dan diikuti oleh para jemputan khas yang hadir. Kemudiannya bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Murat, Penguasa Masjid Omar Ali Saifuddien. Di penghujung majlis, Tetamu-Tetamu Kehormat Bersama serta para jemputan yang hadir berkesempatan menyaksikan video pameran mengenai ciri-ciri pembinaan bangunan masjid yang baharu berkenaan.

Apabila siap nanti, masjid baharu Kampung Junjongan ini boleh menampung seramai lebih kurang 1,624 orang jemaah. Antara kemudahan yang disediakan di masjid ini termasuk tandas khusus untuk Orang Berkeperluan Khas, bilik kuliah, perpustakaan dan bilik pengurusan jenazah serta tempat letak kereta khusus untuk Orang Berkeperluan Khas. Bangunan masjid baharu ini akan dibina di atas sebidang tanah berkeluasan lebih kurang tiga (3) ekar dengan menggunakan peruntukan untuk perbelanjaan daripada Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam berjumlah Empat Perpuluhan Sembilan (BND$4.9) juta ringgit








 

Attachments