Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PROGRAM HAYYA ILAL ARABIYYAH SEKOLAH ARAB MENENGAH PEREMPUAN RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK HAJAH SALEHA

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

KATOK, Selasa, 27hb Rabi’ulakhir 1444H bersamaan 22 November 2022M–Bahagian Kokurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Program Hayya Ilal Arabiah ke Sekolah Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pada pagi tadi di sekolah berkenaan.

Program Hayya Ilal Arabiah merupakan kesinambungan usaha Jabatan Pengajian Islam untuk memperkasa kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab bagi para pelajar sekolah-sekolah Arab. Program tersebut dilaksanakan secara bergilir ke semua Sekolah Arab.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Haji Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama yang juga menyempurnakan Perasmian serta Pelancaran Program Hayya Ilal Arabiyyah dan kemudiannya menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta program.


Turut hadir ialah para jemputan khas dan pegawai-pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Acara program dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah oleh Tetamu Khas majlis.  Diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Doa Selamat. Seterusnya Ucapan Alu-aluan daripada Yang Mulia Ustazah Hajah Azizah binti Haji Mohammad, Pemangku Pengetua Sekolah.

Antara pengisian program termasuk pertandingan Masterchef, Pameran Booth Kebudayaan dan Bazar Souq Ar-Rayhan.

Adapun tujuan program diadakan ialah untuk menyuntik, mendidik, mengasuh dan memupuk minat pelajar-pelajar bertutur dalam Bahasa Arab dan meningkatkan keupayaan pertuturan mudah dalam Bahasa Arab. Membantu membina sahsiah dan keyakinan diri pelajar ke arah generasi cemerlang dan terbilang di samping untuk meningkatkan kerjasama antara guru dan pelajar.       

 

 

 


Attachments