Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BAGI PARA PESERTA BENGKEL PENYEMPURNAAN JENAZAH KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH SELURUH NEGARA

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Daerah Tutong, Hari Selasa, 23 Safar 1444H bersamaan 20 September 2022M–Dalam usaha memberikan ilmu pengetahuan dan tatacara dengan lebih mendalam secara teori dan praktikal mengenai pengurusan dan penyempuraan jenazah kepada para Muslimah Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah telahpun mengadakan Bengkel Penyempurnaan Jenazah bagi Kelas Bimbingan Muslimah seluruh Negara.  Bengkel tersebut telah diadakan di keempat-empat daerah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, pada pagi tadi telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil bagi Para Peserta Bengkel Penyempurnaan Jenazah Kelas Bimbingan Muslimah Seluruh Negara.  Majlis tersebut diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampong Sengkarai dan telah diadakan di Masjid berkenaan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta ialah Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Asbi, Isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Semoga dengan adanya Majlis tersebut, akan dapat meningkatkan lagi kefahaman dan keyakinan serta keberanian diri para Muslimah Masjid dalam menguruskan jenazah.  Bengkel juga adalah untuk menggalakkan penglibatan  aktif dan sukarela para Muslimah Masjid dalam hal ehwal kemasyarakatan.  Selain itu, untuk menarik minat para Muslimah Masjid agar menubuhkan kumpulan penggapai di masjid masing-masing bertujuan memudahkan orang ramai dan para penduduk kampung terutama yang tinggal di kawasan luar bandar dan pendalaman, mendapatkan khidmat penggapai untuk mengurus dan menyempurnakan jenazah. 




Attachments