Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat
Da’wah Islamiah dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal
Ehwal Ugama dan disokong oleh Bank Islam Brunei Darussalam akan mengadakan Tamu
Usahawan Asnaf Zakat.
Tamu Usahawan Asnaf Zakat akan diadakan
selama 4 hari, bermula Hari Khamis, 28 November 2019 hingga hari Ahad, 1
Disember 2019 mulai jam 8:00 pagi hingga 6:00 Petang, bertempat di Kawasan
Letak Kereta Bangunan Darul Huda, Pusat Da’wah Islamiah., Kampong Pulaie,
Negara Brunei Darussalam.
Sebanyak 54 Vendors turut serta dalam
tamu Usahawan tersebut mengikut kategori jualan masing-masing seperti:
- Produk
Kraftangan
- Makanan
Basah dan Kering beserta Minuman
- Pakaian
- Agrimakanan
dan Pertanian (Sayur, Herba, buah dan tumbuhan)
Juga berbagai Aktiviti telah disediakan
seperti:
- Kuiz
spontan
- Pameran
reptalia
- Aktiviti
memanah
- Aktiviti
menunggang kuda.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal
Ehwal Ugama sukacita mengalu-alukan orang ramai untuk hadir bersama keluarga
dalam sama-sama memeriahkan dan memberikan sokongan kepada Tamu Usahawan Asnaf
Zakat ini, sekaligus membantu untuk menukar pola berfikir dan juga imej serta
memberikan keyakinan kepada golongan asnaf penerima zakat untuk terus memacu
perubahan dan menjadi usahawan mandiri yang berjaya. Sokongan orang ramai dalam
sama-sama memeriahkan ekspo ini adalah satu sumbangan besar dalam membangun
masyarakat yang harmonis dan berjaya.