Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

PENGAMBILAN CONTOH DARAH DAN AIR KENCING BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1441H/2020M

"Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa pengambilan contoh darah dan air kencing bagi bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam yang terpilih untuk menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun 1441 Hijrah / 2020 Masihi akan diadakan secara serentak bagi ke tiga-tiga daerah iaitu Daerah Tutong, Belait dan Temburong bermula pada hari Rabu, 19 Jamadilawal 1441H bersamaan 15 Januari 2020M, jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang di Hospital-hospital berikut:

i.Daerah Tutong, Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah

ii.Daerah Belait, Hospital Suri Seri Begawan

iii.Daerah Temburong, Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam.

Manakala Bagi Daerah Brunei Muara pengambilan contoh darah dan air kencing akan bermula pada Hari Isnin, 24 Jamadilawal 1441H bersamaan 20 Januari 2020M, jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi dan sebelah petang bermula pada jam 1.30 petang hingga 3.30 petang, bertempat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Oleh itu, semua bakal jemaah haji yang berkenaan adalah dinasihatkan agar membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum menjalani pengambilan contoh darah dan air kencing pada hari, tarikh dan masa yang telah dijadualkan dengan membawa kad pintar, kad Bru-Hims dan kad perjanjian masing-masing di kaunter-kaunter pendaftaran berikut:

i.Daerah Tutong, Kuala Belait dan Temburong: Kaunter Penyambut Tetamu Pesakit Luar

ii.Daerah Brunei Muara: Kaunter 1, Pendaftaran PESAKIT Luar, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Attachments