Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

UJIAN LEMBAGA TASMIE’ MENGHAFAZ AL-QURAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI PUSINGAN PERTAMA TAHUN 2021M

Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urusetia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran akan mengadakan Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Kali Pertama Tahun 2021M, bermula pada bulan Januari 2021 yang dibukakan kepada Warganegara dan Penduduk Tetap sahaja.

Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS yang beralamat di Blok 2H, Tingkat 8, Bangunan Kondominium Ong Sum Ping (Bangunan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Perempuan), Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Tarikh mula pengambilan Borang Ujian Tasmie’ adalah pada mulai hari Isnin, 23 Rabiulawal 1442H bersamaan 09 November 2020M.

Tarikh Tutup Permohonan dan Penghantaran Borang adalah pada hari Rabu, 23 Rabiulakhir 1442H bersamaan 09 Disember 2020M.

Pemohon/Wakil dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard berkaitan Pendamik COVID-19 semasa berurusan di Pejabat Uru Setia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam.

Pengambilan dan Penghantaran Borang adalah pada jam 8.30 hingga 11.30 pagi dan jam 2.00 hingga 3.30 petang sahaja.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512 / 2233364

-Tamat-

Disediakan oleh:Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS,Kementerian Hal Ehwal Ugama 2237512 / 2233364

Attachments