Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM PERINGKAT NEGARA BAGI TAHUN 1443 HIJRAH

بسم الله الرحمن الرحيم

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 05 Rabiul’awal 1443H bersamaan 12hb. Oktober 2021H-Negara Brunei Darussalam akan meraikan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada Hari Selasa, 12 Rabi’ulawal, 1443H bersamaan 19hb. Oktober, 2021M.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta sokongan dari Radio Televisyen Brunei, Jabatan Perdana Menteri akan menyiarkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1443 Hijrah di semua saluran televisyen melalui saluran RTB Perdana, RTB Aneka dan RTB Sukmaindera dan juga di semua rangkaian radio serta RTBGO pada hari Selasa, 12 Rabi’ulawal 1443H bersamaan 19hb. Oktober 2021M, mulai jam 12.30 tengah hari.

Di antara pengisian acara adalah persembahan Bacaan Al-Qur’an, persembahan Dikir Marhaban, Bacaan Selawat, Puisi serta Tazkirah Khas.

Tema bagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1443 Hijrah ialah “Rasulullah Kekasih Allah, Kekasihku Dunia Akhirat”.

Bersempena dengan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ini, marilah kita bersama-samalah memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah yang kita kasihi dan cintai, mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan syafaatnya jua Amiin ... Amiin ya Rabbal ‘Aalamiin.

SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM PERINGKAT NEGARA BAGI TAHUN 1443 HIJRAH

 

Attachments