Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1443 HIJRAH /2022 MASIHI

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan merupakan laluan permulaan dan medan untuk para qari dan qariah negara melangkah ke Peringkat Akhir, Serantau dan Antarabangsa. Penganjuran musabaqah ini dihasratkan agar dapat memberikan pendedahan dan galakan kepada qari dan qariah Negara ini dalam meningkatkan mutu pembacaan Al-Qur’an mereka, di samping membuka minda dan minat masyarakat dalam mempelajari teknik bacaan yang betul dan lebih teratur. Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan adalah merupakan projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan itu, Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1443H/2022M akan diadakan selama tiga (03) hari berturut-turut iaitu bermula pada hari Isnin, 22hb. November, 2021M hingga hari Rabu, 24hb. November, 2021M bertempat di Tingkat 2, Dewan Melor, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Seramai 53 orang peserta terdiri daripada 40 qari dan 13 qariah yang akan memperdengarkan bacaan masing-masing dihari pertama sehingga hari terakhir pertandingan.

Memandangkan langkah-langkah pengawalan penularan wabak COVID-19 diperketatkan semula dengan serta merta, maka Musabaqah akan dilaksanakan di dalam dewan secara tertutup dengan kehadiran peserta secara berjadual di samping mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan yang berhubung dengan perkumpulan ramai dan langkah-langkah penjarakan fizikal dan sosial dari masa ke semasa.

Sementara itu Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah dan Cenderamata kepada Para Peserta dan Hakim Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1443H/2022M akan dilangsungkan pada Hari Khamis, 25hb. November, 2021M di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Bagi memberi peluang orang ramai mengikuti Musabaqah ini, Pihak Jawatankuasa akan menyiarkan secara langsung pertandingan tersebut selama tiga hari melalui akaun Instagram rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama @kheu.brunei dan juga secara langsung melalui Facebook radio Nur Islam FM.

Manakala Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah dan Cenderamata nanti juga akan disiarkan secara langsung melalui Instagram rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama@kheu.brunei dan melalui radio di Rangkaian Radio Nur Islam FM, Radio Televisyen Brunei, Jabatan Perdana Menteri.

Bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Negara ini serta mematuhi peraturan yang diwartakan oleh Kerajaan dan nasihat-nasihat yang diberigakan oleh Jabatan Perdana Menteridan Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam, maka disarankan kepada kesemua yang terlibat di Musabaqah itu nanti akan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan

pemakaian pelitup muka serta mengamalkan kebersihan diri serta etika batuk dan bersin.

Dihasratkan Musabaqah ini akan menjadi titik tolak bagi memajukan dan mengembangkan lagi bidang Al-Qur’an dan seterusnya mendorong masyarakat ke arah celik ilmu-ilmu Al-Qur’an dan ianya juga sebagai wadah dan zikir untuk mendekatkan diri kepada Allah, doa untuk memohon kepada-Nya serta peringatan supaya jauh dari kelalaian.

Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan

Attachments