TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA
SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-61 TAHUN 2022
HARI KHAMIS,
26HB MEI 2022
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem
Alhamdulillah
Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden,
Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin,
Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
Alhamdulilah
bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dapat hadir bersama-sama pada
pagi ini bagi meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei Yang Ke-61. Beta sangat berbangga dan gembira menyaksikan
mutu kawad yang ditunjukkan oleh para peserta perbarisan yang sekaligus
melambangkan tahap profesionalisme dan semangat kepahlawanan yang
tinggi.
Beta juga telah dan sedang
mengikuti perkembangan ABDB sepanjang penubuhannya lebih enam dekad yang
lalu, baik dari sudut keupayaan anggota mahupun aset dan kelengkapan
yang membolehkannya kekal sebagai institusi pertahanan yang teguh
termasuk usaha pemodenannya yang berterusan.
Beta
sedia mengambil maklum bahawa ABDB juga sedang merangka perancangan
strategiknya berdasarkan ''Defence White Paper 2021'' yang digabungkan
dengan Force 2035 dan Force Structure Review yang masih dikemaskini
sebagai panduan dan hala tuju seiring dengan konsep TEPIDOIL iaitu
Training, Equipment, People, Information, Doctrine Organization,
Structure dan Logistic yang bersesuaian bagi memastikan insiatif
inisiatif yang dikenalpasti dapat dicapai dengan baik.
Dalam
perkara permodenan ini beta pada hemat beta, perancangan yang titih dan
kemas sangatlah diperlukan untuk mengatasi sebarang kekurangan atau
untuk menutupi jurang jurang kepincangan yang ada. Inilah sasaran utama
masa depan untuk dipenuhi. Dalam merangka perancangan ABDB juga adalah
perlu untuk mempunyai Defence Posture yang jelas sesuai dengan keupayaan
dan kapasiti ABDB sambil memperkasa pendekatan Whole Of Nation dalam
Context Holistic Defence. Dalam erti kata lain, ABDB perlu terus
bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan dalam sama
sama mempertahankan kedaulatan negara, khasnya sempadan daratan,
kawasan maritim dan ruang udara.
Melihat
kepada peranan ABDB dan persediaan untuk mencapai Gagasan Angkatan 2035
nanti, maka mengambil sukut baik Hari Ulang Tahun ABDB Yang Ke-61 ini
beta dengan sukacita mentauliahkan Squadron 39 Unmanned Aerial System
UAS bagi Tentera Udara Diraja Brunei dan memperkenankan Penubuhan
Squadron Bot Tempur dan Trup Risik bagi Tentera Darat Diraja Brunei dan
sehubungan dengannya, beta juga sukacita memperkenankan Jawatan
Pemerintah Medan Tentera Darat Diraja Brunei dan seterusnya menaiktaraf
Jawatan Ketua Staf Tentera Laut Diraja Brunei, Ketua Staf Tentera Udara
Diraja Brunei ke pangkat Kolonel iaitu sebanding dengan Unit Tentera
Darat Diraja Brunei dan Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei ketika ini.
Selain
daripada memperkasa kekuatan fizikal, beta ingin mengulangi lagi
peringatan akan pentingnya pembinaan kekuatan spritual dan sehubungan
itu, beta gembira dengan penerbitan Mushaf Al-Quran Sempena Sambutan
Jubli Intan ABDB baru-baru ini. Beta yakin, dengan niat ikhlas
mengagungkan Kitab suci Al-Quran, semua anggota ABDB yang berugama Islam
akan beroleh berkat celik Al-Quran dengan suka belajar dan menjadikan
membaca Al-Quran itu sebagai amalan harian. Bagi kita orang Islam,
mendekatkan diri kepada Allah melalui pembacaan Al-Quran adalah satu
kekuatan berdasarkan Al-Quran itu adalah mukjizat teragung yang tidak
boleh ditundukkan oleh apa pun.
Lalu
sesuai dengan tujuan untuk memperkasa sekuriti maka untuk membaca
Al-Quran wajarlah dilazimi bagi meraih keberkatan berupa kekuatan dan
keselamatan disamping jangan pula leka atau lalai dari menangani
sebarang kepincangan yang boleh melemahkan kredibiliti ABDB.
Tidak
kurang pentingnya juga, untuk diteruskan ialah komitmen, komitmen
negara kepada keselamatan serantau dan antarabangsa, penglibatan ABDB
dalam misi pengaman dan pemantau melalui International Monitoring Team
sejak 2004, United Nation Interim Force in Lebanon sejak tahun 2008,
Information Fusion Centre (IFC) sejak tahun 2013 dan International
Decomissioning Body (IDB) sejak tahun 2019 di Republik Filipina serta
penugasan di dalam Counter-Terrorism Information Facility (CTIF) sejak
tahun 2020 di Republik Singapura telah menaikkan profesionalisme anggota
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan sekaligus mengharumkan nama
negara. Beta yakin dengan wujudnya rantau yang selamat maka negara kita
juga pasti selamat dimana dengan itu rancangan rancangan pembangunan dan
kemajuan negara akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Akhirnya,
beta ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Ke-61 dan tahniah
kepada yang menyertai perbarisan pada pagi ini, tidak terkecuali seluruh
warga ABDB yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Ulang Tahun
Ke-61 ini, setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Anggota ABDB yang
telah bersara diatas kesetiaan dan kesediaan mereka menyumbangkan bakti
bagi keselamatan dan keamanan negara, kepada mereka yang telah kembali
ke rahmatullah kita sama-sama mendoakan semoga roh-roh mereka
ditempatkan bersama sama dengan para syuhadah.
Sekian
Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.