Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

JALINAN UKHUWAH TENAGA PEMBIMBING DAN MUSLIMAH BERSAMA JEMPUTAN KHAS

23 April 2024

JALINAN UKHUWAH TENAGA PEMBIMBING DAN MUSLIMAH BERSAMA JEMPUTAN KHAS

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Manggis Madang, Selasa, 14 Syawal 1445 bersamaan 23 April 2024-Dalam menyambut Aidil Fitri di bulan Syawal ini dengan penuh kesyukuran, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Manggis Madang melaksanakan program keugamaan bagi para tenaga pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah Bagi Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong.  Program tersebut diadakan di masjid berkenaan.

Program antara lain bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan lagu-lagu dakwah dan bacaan puisi Islam.  Di samping memberi peluang kepada para tenaga pembimbing dan muslimah untuk ikut serta dalam program keugamaan.  Acara ini juga dihasrat dapat menyemai rasa kasih sayang dan keakraban di kalangan tenaga pembimbing dan muslimah bersama jemputan khas sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Antara jemputan khas yang hadir pada acara tersebut ialah Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi, Isteri Menteri Hal Ehwal Ugama. Juga hadir, Isteri Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Isteri Pemangku Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Acara pada hari tersebut diserikan dengan persembahan keugamaan termasuk bacaan selawat, zikir, tausyeh, nasyid dan puisi Islam yang disampaikan oleh para tenaga-tenaga pembimbing dan muslimah.


​Foto: JHEM