Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KURSUS MAIL MERGE MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD (INTERMEDIATE) BAGI PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

24 April 2024

KURSUS MAIL MERGE MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD (INTERMEDIATE) BAGI PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Rabu, 14 Syawal 1445 bersamaan 24 April 2024-Seramai 20 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dari Bahagian II dan ke bawah menghadiri Kursus Mail Merge menggunakan Microsoft Word (Intermediate).  Kursus diadakan selama dua (2) hari bermula hari ini, Rabu, 24 April 2024 hingga Khamis, 25 April 2024 bertempat di Institut Perkhidmatan Awam (IPA).  Fasilitator bagi kursus tersebut, Yang Mulia Dayang Norafigah binti Mohd Ali, Penolong Pegawai Latihan dari Institut Perkhidmatan Awam.

Objektif kursus antara lain adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai fungsi dan perbezaan antara "Data" dan "Maklumat" serta ciri-ciri Pangkalan Data dalam Mail Merge.  Di samping untuk penghasilan dan perkongsian pelbagai jenis maklumat melalui pangkalan data, ianya bertujuan  untuk menambahkan pengetahuan serta meningkatkan kualiti kerja para pegawai dan kakitangan melalui kursus yang dihadiri selama 2 hari itu.

Kursus Mail Merge menggunakan Microsoft Word (Intermediate) dikendalikan oleh Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

 

​Foto: BPAAM