Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, TUAN YANG TERUTAMA RAJA DATO' REZA BIN RAJA ZAIB SHAH

25 April 2024

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, TUAN YANG TERUTAMA RAJA DATO' REZA BIN RAJA ZAIB SHAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Khamis, 15 Syawal 1445 bersamaan 25 April 2024–Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pagi tadi menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Raja Dato' Reza bin Raja Zaib Shah yang akan menamatkan perkhidmatannya.

Majlis diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Hadir sama di majlis Kunjungan Hormat Perpisahan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim;  Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim;  dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh.

Tuan Yang Terutama Raja Dato' Reza bin Raja Zaib Shah telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021.

 

​Foto: i-Ready BPAAM