Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM AT-TATWEER: BENGKEL ASAS KAUNSELING BAGI SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI I

27 April 2024

PROGRAM AT-TATWEER: BENGKEL ASAS KAUNSELING BAGI SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI I

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 17 Syawal 1445 bersamaan 27 April 2024–Seramai 31 orang guru kanan dari 15 buah sekolah ugama Kawasan Brunei I menyertai Bengkel Asas Kaunseling bertempat di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna pada petang tadi.

Tujuan bengkel diadakan antara lain untuk menambah pengetahuan dan kemahiran komunikasi secara berkesan kepada guru-guru di sekolah-sekolah ugama di Kawasan Brunei 1, khususnya dalam bidang kaunseling, bagi sama-sama berusaha membantu warga sekolah yang menghadapi sebarang permasalahan mahupun cabaran.

Bengkel disampaikan oleh tiga (3) orang kaunselor dari Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan iaitu Yang Mulia Dayang Hajah Siti Azizah binti Haji Wahsalfelah dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah;  Yang Mulia Dayang Faridah binti Haji Sumari dari Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab;  dan Yang Mulia Awang Hamdillah bin Abu Hanipah dari Sekolah Menengah Awang Semaun.

Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang diikuti dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darusalam.  Acara diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada para peserta dan sesi bergambar ramai.

Program tersebut diungkayahkan oleh Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei I (JPSSU Brunei I) Jabatan Pengajian Islam yang mana dihadiri sama oleh para pegawai dari Jabatan berkenaan.

 

​Foto: BB