Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYERAHAN SURAT LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI KUMPULAN BELIA DAN BELIAWANIS MASJID SENEGARA SESI 2024-2026 DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI KUMPULAN BELIA DAN BELIAWANIS MASJID SENEGARA SESI TAHUN 2022-2024

28 April 2024

MAJLIS PENYERAHAN SURAT LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI KUMPULAN BELIA DAN BELIAWANIS MASJID SENEGARA SESI 2024-2026 DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI KUMPULAN BELIA DAN BELIAWANIS MASJID SENEGARA SESI TAHUN 2022-2024

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Kiarong, Ahad, 18 Syawal 1445 bersamaan 28 April 2024-Buat julung kalinya Kumpulan Belia Masjid Senegara mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diselajurkan dengan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kumpulan Belia dan Beliawanis Masjid Senegara Sesi 2024-2026 dan Penyampaian Sijil bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kumpulan Belia dan Beliawanis Masjid Senegara Sesi Tahun 2022-2024.  Acara diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

Antara tujuan acara ini diadakan adalah untuk sama-sama menyambut Aidilfitri di bulan Syawal ini dengan penuh kesyukuran serta untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim antara sesama ahli jawatankuasa dan para jemputan yang hadir.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan surat lantikan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kumpulan Belia dan Beliawanis Masjid Senegara Sesi 2024-2026 ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd. Karim.

Majlis seumpama ini dihasrat akan berjalan dengan baik serta memberi hasil yang positif dan manfaat kepada para jemputan yang hadir di sambutan tersebut di samping memperoleh keberkahan dan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala dunia dan akhirat.