Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI DA’WAH KE RUMAH PANJANG KAMPUNG KUKOP DAN SEKITARNYA, DAERAH BELAIT

28 April 2024

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI DA’WAH KE RUMAH PANJANG KAMPUNG KUKOP DAN SEKITARNYA, DAERAH BELAIT

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

BELAIT, Ahad, 18 Syawal 1445 bersamaan 28 April 2024–Pusat Da'wah Islamiah melalui Bahagian Pengembangan Da'wah (Da'wah Khas) dengan kerjasama Unit Da'wah Daerah Belait telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Da'wah Ke Rumah Panjang Kampung Kukop dan sekitarnya di Mukim Sukang, Daerah Belait.

Rombongan ini diketuai oleh Yang Mulia, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah Pusat Da'wah Islamiah.

Turut hadir Yang Berhormat Mohammad bin Abdullah @ Lim See Tan, Ketua Kampong Bukit Sawat; Yang Mulia Awang Mohammad Aliyani bin Ismail, Ketua Pegawai Ugama Belait, dan juga penduduk rumah-rumah panjang Mukim Sukang dan Mukim Melilas yang berdekatan seramai 100 orang.

Antara tujuan majlis ini diadakan ialah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para pegawai dan kakitangan Pusat Da'wah Islamiah dengan para Muallaf serta Non-Muslim sekaligus melibat-samakan penduduk pedalaman dalam menyambut hari-hari kebesaran Islam.

Antara pengisian majlis ialah ucapan daripada Ketua Rombongan dan ucapan daripada wakil Rumah Panjang Kampung Kukop. Di samping itu, majlis juga disertakan dengan perletakkan sudut bacaan Pusat Da'wah Islamiah dan; Penandaan Arah Kiblat kerjasama dengan Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan. Majlis juga diserikan dengan ramah mesra dengan penduduk kampung.

 

​Foto: PDI