Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KURSUS INTENSIF HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1445H/2024M

29 April 2024

KURSUS INTENSIF HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Isnin, 19 Syawal 1445 bersamaan 29 April 2024-Seramai 129 orang bakal jemaah Haji menyertai Kursus Intensif Haji bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024M yang sedang berjalan selama 5 hari berturut-turut mulai hari ini, Isnin, 29 April hingga Jumaat, 03 Mei 2024.

Kursus intensif ini dikendalikan oleh Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah khususnys untuk para bakal jemaah Haji yang tidak berkesempatan mengikuti Kursus Ibadat Haji dan Umrah tahun 1445H/2024M yang lalu. 

Kursus diadakan di Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis Berakas dan dibimbing oleh Penolong Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Badaruddin bin Haji Besar.

Kursus Intensif Haji tersebut bertujuan untuk memberikan panduan dan kefahaman mengenai Manasik Haji secara teori dan praktikal kepada bakal jemaah Haji sebagai bekalan ilmu semasa melaksanakan ibadat Haji dan Umrah di Tanah Suci nanti.

 

 

​​Foto: i-Ready BPAAM