Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM FATHUL ILMI (KONGSISAMA PENTAKSIRAN UNTUK PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN AKHLAK) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI IIA TAHUN 1445H / 2024M

29 April 2024

PROGRAM FATHUL ILMI (KONGSISAMA PENTAKSIRAN UNTUK PEMBELAJARAN MATAPELAJARAN AKHLAK) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI IIA TAHUN 1445H / 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Isnin, 19 Syawal 1445 bersamaan 29 April 2024–Seramai 65 orang guru ugama dari sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei IIA telah menyertai sesi Kongsisama Pentaksiran untuk Pembelajaran Mata Pelajaran Akhlak bertempat di Dewan Sekolah Ugama Lambak, Jalan Bedil.

Bengkel bertujuan untuk mengongsikan ilmu pengetahuan dan kemahiran penilaian khususnya, bagi mata pelajaran Akhlak di persekolahan Ugama.  Selain itu, ianya merupakan salah satu usaha pihak Jabatan Pengajian Islam bagi meningkatkan pencapaian murid-murid dalam Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) pada penghujung tahun ini.

Bengkel disampaikan oleh Yang Mulia Cikgu Hajah Norainon binti Haji Hashim, salah seorang tenaga pengajar dari Sekolah Ugama Lambak Kanan.

Program tersebut diungkayahkan oleh Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei IIA (JKPSSU Brunei IIA), Jabatan Pengajian Islam yang mana dihadiri sama oleh para pegawai dari Jabatan berkenaan.

 

 

 

​Foto: JPI