Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI MAJEEDAH NUURUL BOLKIAH, KAMPUNG KILANAS 1445H / 2024M

01 May 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI MAJEEDAH NUURUL BOLKIAH, KAMPUNG KILANAS 1445H / 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Kilanas, Rabu, 21 Syawal 1445 bersamaan 01 Mei 2024–Seramai 61 orang murid Darjah 6 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bolkiah, Kilanas diraikan di Majlis Khatam Al-Quran petang tadi bertempat di Dewan Ar-Rahmah, Kompleks Mim-Nun Jaya, Jalan Bebatik-Kilanas, Kampung Kilanas.

Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Tetamu Kehormat Majlis, Ketua Kampung Kilanas, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Ameerolbahrynee bin Haji Abdul Hamid.  Diikuti dengan bacaan surah-surah pilihan daripada para peserta Khatam.

Majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan sekolah ugama berkenaan. Manakala bacaan Dikir oleh murid-murid lelaki juga dari sekolah yang sama.  Acara diselajurkan dengan merenjis minyak wangian dan kemudiannya penyampaian sijil kepada peserta-peserta Khatam.   Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Awang Haji Mohd Shahrani @ Muhd Syahmi Aminuddin bin Haji Timbang @ Muhd Ismail.

Juga hadir di Majlis Khatam Al-Quran itu, para pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, guru-guru besar serta para ibubapa dan penjaga peserta-peserta khatam.

 

​Foto: JPI